Tuesday 8 November 2011

TRAINER : NIZAR

 
ENCIK KHAIRULNIZA BIN MOHD SALLEH

Anak kelahiran Muar, Johor ini memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Sri Amar sehingga darjah 3. Seterusnya, beliau menyambung pengajian di Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya (2) sehingga darjah 6. Seterusnya, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Arab Al-Quran Waddin sehingga tingkatan 5 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Ma’ahad Johor. Kini, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Encik Khairulniza merupakan pelajar dan mahasiswa yang aktif semasa di sekolah sehingga ke Universiti. Semasa di sekolah beliau dipilih untuk menjadi Yang Di Pertua Pengawas serta memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Arab dan Ketua Pasukan Kompang Sekolah. Beliau juga pernah diberi kepercayaan menerajui Asrama dan dilantik menjadi Timbalan Ketua Asrama. 

Semasa menuntut di IPT beliau telah bergiat cergas dalam persatuan pelajar dan pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Urusetia Kesenian Pelajar, Hal Ehwal Pelajar USIM. Ketika itu, beliau banyak melibatkan diri dengan aktiviti latihan dan perunding motivasi serta program kemasyarakatan antaranya program bersama masyarakat Orang Asli di sekitar Negeri Sembilan. Bukan itu sahaja, malah beliau juga pernah menjadi Exco Penerbitan dan Publisiti Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM. Pernah bertugas sebagai guru sandaran di Sekolah Rendah Agama Arab Al-Quran Waddin, Pegawai Kaunseling & Psikologi Anti Dadah Kebangsaan dan kini bertugas sebagai Kaunselor di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Cawangan Tampin. 


No comments:

Post a Comment