Monday 7 November 2011

TRAINER : SUFIAN ISA

Encik Mohd Sufian Bin Mohd Isa merupakan seorang Motivator, Trainer dan Penceramah Motivasi yang berpengalaman luas. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (KEPUJIAN) daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Encik Sufian juga merupakan Perunding Utama, Syarikat Sufian Isa Resources (SiR) "Training and Consultancy" serta bertugas sebagai seorang Pensyarah di Institut Profesional Baitulmal (IPB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Beliau seorang yang pengalaman dalam kejurulatihan Kadet Bersatu Malaysia sehingga ke peringkat kebangsaan. Encik Sufian pernah menerima Anugerah Kepimpinan Terpuji dan Anugerah Kadet Lelaki Cemerlang semasa beliau menyandang jawatan Pegawai Waran 2 dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai aktiviti "outdoor", perkhemahan, kawat kaki, latihan kecergasan, senaman tentera, rempuh halangan, seni tempur tanpa senjata (TTS), "mind freedom" dan lain-lain. Semasa di sekolah, beliau seorang yang sangat aktif dengan aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform sehingga pernah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan kategori kokurikulum dan pernah memegang jawatan timbalan ketua pengawas, ketua pembaca doa, vokalis utama pasukan nasyid, ketua pasukan marhaban barzanji, Yang Dipertua (Ketua Umum) Majlis Perwakilan Pelajar Asrama serta pernah menyumbangkan sebuah lagu asrama ciptaannya sendiri dan lagu tersebut masih digunakan sehingga sekarang.

Di Era mahasiswa, beliau merupakan mahasiswa yang aktif semasa menyambung pengajiannya di universiti. Semasa di Universiti, beliau pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah. Ketika itu, beliau banyak melibatkan diri dengan program-program pelajar sama ada di dalam mahupun di luar kampus seperti program Rakan Muda Wawasan Desa IPT sebagai ketua fasilitator dan lain-lain serta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti latihan dan perunding motivasi bersama sebuah syarikat swasta. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, guru sementara di beberapa buah sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi dan Cheras serta Pensyarah Muda di Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College) yang merupakan anak syarikat kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Alhamdulillah, dengan serba sedikit pengalaman yang dimiliki beliau telah memberikan perkhidmatan Ceramah dan Tazkirah Motivasi lebih daripada 100 buah organisasi meliputi sekolah, syarikat swasta, surau dan masjid. Bukan itu sahaja, malah beliau juga merupakan salah seorang Trainer & Motivator untuk program-program anjuran SNB Kasih "Training & Consultancy" (yang dikendalikan sepenuhnya oleh Dato' Ustazah Siti Nur Bahyah bersama suaminya Ustaz Wan Akashah yang sangat dikenali melalui program Bicara Semanis Kurma, TV9), Ikhwan Training and Resources (i-Care), Master Trainer Consultancy, Anjung Minda Resources dan SuCCeSS Training & Consultancy. 

Sebarang urusan berkaitan dengan perkhidmatan, program motivasi, deejay majlis perkahwinan dan lain-lain  yang bersesuaian sila hubungi beliau di talian 013.401.6647. Anda juga boleh menghubungi P.R beliau  iaitu Ustaz Mohd. Shah Bin Mokhtar (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM) ditalian 019.460.2317 untuk sebarang perbincangan dan undangan ceramah. InsyaAllah, anda akan menerima hanya yang terbaik daripada kami.

Salam Motivasi dari saya "Trainer Sufian Isa" untuk semua pembaca.
"Bermula dari hati, hidupmu menjadi lebih bermakna"




No comments:

Post a Comment